Wednesday, December 2, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan Muhammad Faisal Baharuddin di Sungai Petani




Jemputan dari sahabat kita Muhammad Faisal Baharuddin ke Majlis Perkahwinan beliau pada 12 Disember 2009 di Bedong, Sungai Petani. Semua batch Madid PMR 1997 dan SPM 1999 dijemput hadir.

Thursday, November 5, 2009

walimatul urus

Sekapur sirih, seulas pinang, semekar senyuman seikhlas hati, dengan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi, aku menjemput korang semua ke majlis perkahwinan aku pada

tarikh : 22 november 2009
hari : ahad
tempat : 182, kg ara payung, 31000 batu gajah, perak
masa : 12.00 - 3.00pm

jemput seisi keluarga..



sebarang maklumat leh la contact aku di talian 0125296934

Friday, September 18, 2009

:: Salam Eidul Fitri ::

Aku
MOHD IKHWAN ISMAIL
ingin mengucapkan
Salam EiDuLFitRi
kepada semua sahabat-sahabat
ALUMNI MaDiD PMR 1997 SPM 1999
Semoga ukhuwwah kita terjalin dengan keberkatan dan keikhlasan
Semoga pertalian persahabatan kita sentiasa kekal selama2nya
---------------------------------------------------------------------------------
Aku juga ingin meminta maaf jika ada salah silap semenjak aku kenal korang semua sampai la sekarang ni.. aku minta maap kepada saper2 yg pernah kena rotan dgn aku, yang pernah kena sound dgn aku, dan lain2 lagi.. hehehhee...
---------------------------------------------------------------------------------
Apa2 pun, aku ucapkan Salam Eidul Mubarak..
Kullu 'Am Wa Antum Bi Khoir..
Raya jemput la datang umah, available kat IPOH after Raya ke-Tiga.. InsyaAllah..
(Al-maklum la, aku bukan asal PERAK)
---------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, August 12, 2009

dimanakah kau menghilang mat kerok?


mat..

awat hang dah tak pakai no lama?

lepas kawen, terus menghilang.

so, apa cer? dah ada hasil??

Thursday, July 16, 2009

Lagi Gambar Member2 Kita


Motif Alif bergambar dengan Halim?
Korang agak-agak kat mana lokasi gambar ini di ambil?

Wan Gebo dengan anak sulung (2007).

Aidilfitri 2007 di rumah Gmen

July 2008- Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.
(Selepas Perlawanan bola MADID vs SIS)

.........

Pic Of The Year

Stadium Ipoh- Mei 2009

Wednesday, July 15, 2009


Gambar ini di ambil di Kampung Ketior pada Oktober 2007
7 tahun selepas semua keluar dari Madid

Walaupun kita makin banyak tanggungjawab dan masing-masing sudah ada kerjaya, kita masih boleh berusaha untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama

Masa gambar ini di ambik semua masih bujang. Kita tunggu pula jemputan walimah dari Padli, Ostat, Alif & Epy.

Apa cerita tentang Alumni yang dengar khabarnya akan diadakan pada bulan Oktober ini? Harap update maklumat dari masa ke semasa.

Monday, June 15, 2009


:: Salam pada sahabat semua ::

:: Berikut satu lagi jemputan kahwin dari sahabat kita Muhammad
Fairuz Bin Haji Baharuddin ::

:: Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu) ::
:: Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River, Perak ::
:: Harap lagi ramai yang hadir nanti ::

:: BuLaT ::



Sunday, June 14, 2009


:: Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Buat Fhirdaus & Salmi ::

:: Aku tak sempat nak ambik gambar mempelai, bz memanjang ::

:: So ini antara kawan2 kita yang hadir hari tu ::

:: Pengantin Baru Ghazz-Yan ::

:: Khalil & Dart (tengok pompuan tu.....) ::

:: Dart, Token & Zaki ::

:: BuLaT ::

Saturday, May 30, 2009

:: Foto Sekitar Kenduri Kahwin Azian-Ghazi 30/05/2009 ::

:: Kini disertakan beberapa keping foto-foto yang diambil di kenduri kahwin Azian-Ghazi di Ipoh ::
:: Saper2 nak masukkan gambar, dipersilakan .... ::




:: Belakang Dari Kiri : Dart, Nonie, Suraya, Rohana, Liyana, Faridah, Nekmah, Zam, Epy, Ewan ::
Duduk Dari Kiri : Sopek, Bulat, Ghazi-Azian, Token, Alip




:: Dari kiri belakang: Bulat (Zian), Zam, Sopik, Epy, Alip, Ikhwan ::
:: Dari kiri depan: Faridah, Nekmah, Ronand, Lizam, Surayaaaa ::

Thursday, May 28, 2009

:: Pemberitahuan Mesyuarat Alumni ::

:: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ::
------------------------------------------------------------------------
:: Kepada semua alumni MADID batch PMR 1997 SPM 1999 dijemput menghadiri mesyuarat alumni pada:
------------------------------------------------------------------------
30/05/2009
3:30 p.m.
di kenduri Azian..
------------------------------------------------------------------------
Kehadiran adalah wajib..
------------------------------------------------------------------------
Sila hebahkan kepada yang lain..
Antara topik mesyuarat nanti adalah Gathering Alumni batch kita pada tahun ini, insyaAllah..
------------------------------------------------------------------------
Terima Kasih..
b/p: Mohd Ikram Ahmad

Tuesday, May 12, 2009

:: Kenduri Kahwin Abu Bakar (AB) ::



:: Salam semua ::
:: Petang tadi aku jumpa AB kat Kg Baru dan dia mewakilkan aku untuk menjemput semua
sahabat2 ke majlis persandingan bersama pasangannya ::
:: Tarikh : 7hb Jun 2009 (Ahad) - same hari dgn majlis Ghazi ::
:: Tempat : Taman Sri Jeram, Masjid Tanah, Melaka ::
:: Majlis hanya di raikan sebelah pihak kerana sebelah AB ada masalah yang tidak dapat dielakkan ::

:: Aku tak tau nak cakap aper lagi, tapi untuk majlis AB insyaALLAH aku akan pergi sebab majlis Ghazi aku akan attend di sebelah Azian (Ipoh) ::

::BuLaT::

Saturday, May 9, 2009

:: Updated Info Ghazi@Azian Wedding::


::Sms nie aku dapat 6hb Mei::
::Assalamualaikum tuan/puan/cik, saya GHAZI nak minta alamat nak anta kad. Tuan puan di jemput hadir ke majlis perkahwinan saya pada Ahad 7hb Jun 2009 di Dewan Masjid Sultan Salehuddin Taman Melati KL. Saje bgtau skali takut kad x sampai. Ada kelapangan dijemput hadir. Sms nama n alamat a.s.a.p ye. Tq::

:: So SAHABAT2 sekalian, mari kiter serbu ramai2 umah Azian (Ipoh) @ Ghazi (KL)::

::BuLaT::

Friday, May 8, 2009

:: Kenduri Kahwin Ghazi & Azian ::



:: Assalamualaikum ::
--------------------------------------------------------------------------------
Semalam Ghazi call aku..
Ghazi menjemput kita semua kwn2 satu batch ke
--------------------------------------------------------------------------------
Kenduri Kahwin sebelah Azian di Ipoh pada 30hb Mei 2009 [Sabtu] dan
Kenduri Kahwin sebelah Ghazi di KL pada 7hb Jun 2009 [Ahad]
--------------------------------------------------------------------------------
Ghazi dan Azian menjemput kita ke kedua2 belah Kenduri Kahwin ni atau salah satunya.. terpulang kepada kita.. so aku cadangkan kepada semua, saper2 yang bole pegi kedua2nya lagi bagus, dan saper yang bole pegi salah satunya pun xper, tapi jangan tak pi langsung sbb Ghazi dan Azian dah jemput, hehehe.. kecualilah ada halangan yang tidak boleh dielakkan..
--------------------------------------------------------------------------------
p/s: Epy, tolong upload kad kawin.. aku x dpt lagi.. still in shipping la..

Tuesday, May 5, 2009

:: Anak Kawan-kawan Kita ::

:: Puteri Sulung Sabri Sidik: Nur Safiyya Humaira ::
Salam Semua, aku dapat tau dari Friendster Sabri..then aku msg Sabri, beliau maklumkan kat aku yg baby girl beliau dilahirkan pada 26 April yang lepas.. Tahniah kami ucapkan kepada Sabri Sidik.. Semoga puteri sulung beliau ini akan menjadi anak yang solehah dan menjadi orang yang berjaya kelak di dunia mahupun di akhirat.. Amin..
p/s: Sedap nama anak ko Sabri.. mata sepek mcm ko jugak..



:: Puteri Sulung Muhammad Hazimin: Nuur Insyiraah ::
Salam Semua, aku dapat tau dari Blog G-min.. Di lahirkan pada 31 Mac 2009... Moga dapat ikut jejak nenek (DS Fatimah) dan atuknye (DS Nizar)... Tahniah kepada Hazimin dan isteri tersayang.. Semoga puteri sulung beliau ini akan menjadi anak yang solehah dan menjadi orang yang berjaya kelak di dunia mahupun di akhirat.. Amin.. Betul2 iras G-min....


:: Putera Sulung Nabil Majdi: Muhammad Zakir Najwan ::
Salam Semua, aku dapat tau dari Friendster Nabil..Tarikh Lahir tidak pasti.. Tahniah kami ucapkan kepada Nabil.. Semoga putera sulung beliau ini akan menjadi anak yang soleh dan menjadi orang yang berjaya kelak di dunia mahupun di akhirat.. Amin..
p/s: Kalo korang ingat, Nabil asal dari Bintangor, Sarawak dan kat Perak die tinggal dgn pakcik
die di Parit dan kawan sekerja abah aku (::BuLaT::)...


:: Putera Sulung Nurhisyamsul: Muhammad Ahza Danial ::
Aku dapat tau dari Friendster Syamsul.. Tiada maklumat tarikh lahir (sbb aku x tau no tel die).. Tahniah kami ucapkan kepada Syamsul n wife.. Semoga putera sulung beliau ini akan menjadi anak yang soleh dan menjadi orang yang berjaya kelak di dunia mahupun di akhirat.. Amin..


:: Putera Sulung Safuan Jamin: Muhammad Hirzam Hilmi ::
Maklumat terakhir yang aku dapat pun dari Friendster gak.. Sori sbb aku tak tau tarikh lahir putera Safuan ni.. Tahniah kami ucapkan kepada Safuan sekeluarga.. Semoga putera sulung beliau ini akan menjadi anak yang soleh dan menjadi orang yang berjaya kelak di dunia mahupun di akhirat.. Amin..
p/s: Semua nama anak kawan2 kiter ni sedap disebut.... Sedap mata memandang...
Apa pun Ucapan Tahniah Peribadi dari aku (::BuLaT::)... TQ


::Putera2 Zian Hafiz a.k.a ::BuLaT:: Sulung, Aniq Hafizuddin Putra(kanan) & Afiq Haikal Putra..
:: Tarikh lahir : 26/11/2007 @ 06/11/2008 ::
:: Dua2 putera aku ni rapat sangat dh mcm kembar.... Kalo sorg nangis, mesti sorg lagi ikut nangis... Harapan agar dorg jadi anak yg soleh dan pemimpin terkenal 1 hari nanti (walaupun bapaknye x terkenal lgsg)::
:: So pada sahabat2 yg baru mendapat cahaya mata, jagalah amanah Allah S.W.T yg diberikan pada kite... Setiap anak ader rezeki yg tersirat.... Itu sudah pasti ::
::BuLaT::

Saturday, February 7, 2009

:: Apa Citer Kawan Kita ::


Muhammad Hazimin Sulaiman
Pekerjaan: Owner Travel Agency
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Mut'ah Jordan
Tinggal : Sungai Rokam, Ipoh
Status : Dah Berkahwin dan mempunyai anak sorang (baru jer dapat anak, kahwin dengan anak sulong Menteri Besar Perak yang SAH)
Nama Panggilan kt sekolah : Gmin, Hazimin
Info: Gmin ni orang yang tough la dulu kat sekolah, tinggi dan besar, Gmin seorang yang cukup pakar dalam subjek Akaun.. Gmin ni jugak anak murid kesayangan oleh cikgu kita tur, selepas jer SPM, Gmin pi belajar jauh di Jordan nuh.. alhamdulillah skrg dah berjaya jadi pemilik kepada Travel Agency, saper nak pi Umrah dan ziarah kat negara Arab tur, bole la jumpa Gmin..


Mohd Hapni Razali
Pekerjaan: telah berpindah ke Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
Belajar Selepas Idrisiah: UTM Skudai Johor (Pendidikan Islam)
Tinggal : Bendang Panjang (Kualer ler)
Status : I.allah bujang
Nama Panggilan kt sekolah : Epy @ Remy a.k.a farouk
Info: Epy ni dulu pemain bola sekolah la, tapi skrg aku xtau la dia main lagi ker tak sbb berat badan xmcm dulu, dulu seorang pengawas sekolah gak, seorang yg sempoi dan pelawak, kalo xder Epy xceria la batch kita..skrg dia ngajar kat Sekolah Izzuddin Shah Ipoh..




Mutazam Rusfan
Pekerjaan : Guru di SK Simpang (JQAF)
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Mu'tah kat Jordan & Maktab Perguruan Ipoh, Ulu Kinta
Tinggal : Bukit Chandan, Kualer
Status : Dah Bertunang dgn tunangannya....
Nama Panggilan kt sekolah : Zam a,k,a botak
Info: Zam ni dulu pun power gak bola, sulu kira badan dia ni mmg mcm pemain bola profesional la, tp skrg ni dh lain, lagi tough! Dulu nakal skit, tapi alhamdulillah skrg dah nak jadi ustaz dah..aku respect ko Zam..



Mohd Ikram Ahmad

Pekerjaan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sains Politik)
Tinggal: Alor Setar, Kedah
Status: Dah kawin dgn senior kita, Fadzliah.. dan ada anak sorg dah..alhmdulillah..
Nama Panggilan kt sekolah: MIBA
Info: MIBA ni dulu Presiden MPMI yg paling sempoi, pandai budak ni, kat UIA pun sempoi dan suka sgt pakai baju hitam, smpai kdg2 aku xnampak dia sbb duk pakai baju hitam, alhamdulillah skrg dh jd PTD kat Kedah, la ni sibuk, hr tur call suk tgh meeting..ishhh.. kim slm kat Ukhtie Fadzliah..



Mohd Ikhwan Ismail

Pekerjaan: Pustakawan kat Universiti Sains Malaysia, Penang
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Usul Fiqh) & MA Library and Information Sc.
Tinggal: Penang dalam Pulau
Status: dah bertunang dengan tunangannya...
Nama Panggilan kt sekolah: Ikhwan 1, Ikhwan Mok (ni aku tau Epy ngan Alip panggil aku ni)
Info: Aku disuruh tulis info aku sendiri, xper la..aku tulis la..ermmm aku ni kat sekolah dulu jenis cepat naik angin gak, dh baper org yang kena marah ngan aku, smpai ada org kata "tur sbb ikhwan boleh jadi Ketua Umum (KU)", antara org yg pernah kena marah ngan aku ialah org yg dibawah ni..hehehe..apa2 pun aku sbnarnya mmg la mcm tur dulu, tp skrg tidak, insyaAllah..aku skrg alhamdulillah dh kejer kat USM Penang as Librarian, so saper2 nak pinjam buku ker apa ker yg berkaitan dgn akademik atau reference, u all bole jumpa aku, tp kena la blnja aku..hehehe..meh la dtg Penang, aku bwk mkn nasi kandaq paling sedap di Penang..!!


Mohd Alif Safuan

Pekerjaan: Cikgu kat SABK maahad Tarbiyah Islamiyah Bt 8 Trong Taiping....
Belajar Selepas Idrisiah: UiTM kat Sarawak nuu..then Universiti Utara Malaysia
Tinggal: Tepeng kan?
Status: Dah bertunang..
Nama Panggilan kt sekolah: Alip, safuan (eh ada ker)
Info: Alip ni terkenal dengan senyuman manis dia, hehehe... seorang yang banyak ckap, lawak, dan nakal skit, tapi sekarang dah jadi Cikgu, kira tugas dia mendidik budak2 zaman skarang, dulu slalu gak ngata cikgu2 kat Idrisiah tur, alih2 dah jadi Cikgu.. aku tabik kat ko gak Alip (walaupun kita xdpt jadi PTD mcm MIBA)..


Mohd Riduan Khairi

Pekerjaan: Biznes man
Belajar Selepas Idrisiah: UTM Skudai Johor
Tinggal : KL kan?
Status : bujang
Nama Panggilan kt sekolah : Duan, Wan
Info: Duan ni MPMI dulu, dia ni bagi aku seorang yang pandai berkata2, puitis dan suka baca majalah yang ilmiah mcm Dewan2 tur, pandai bersajak, kalo kat sekolah dulu, dia la yang kreatif hias kelas, sepanjang aku kenal dia, dia seorang yang aktif la..betul x?





Mohd Safuan Jamin
Pekerjaan: Eksekutif di Bank Muamalat KL, Bahagian Risiko
Belajar Selepas Idrisiah: UIAM Degree of Economics
Tinggal : KL jugak kan?
Status : Kawin dah dan dah ada anak yg comel lagi cute
Nama Panggilan kt sekolah : Safuan Jamin, Wan..
Info: Safuan masuk MADID form 4, dia seorang yang baik, cara jalan dia yang best tur, yang paling bagus Safuan ni, dia seorang yang pandai dan berjaya as Best Student la time SPM kita dulu, dia seorang yg sempoi dan pernah gak digosip..





Noraini Hashim
Pekerjaan: Account Executive kat syarikat Sapura..kat Keramat tur..fuyooo..
Belajar Selepas Idrisiah: Degree Akaun kat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tinggal : Duk kat Setiawangsa...
Status : bujang dan available..nak cari lelaki yang kaya dan hensem..(demand gak minah ni)
Nama Panggilan kt sekolah : Nonie, Noraini Hashim (sebab ada dua Noraini, tur sbb kena panggil nama penuh)
Info: Nonie ni dulu kira famous la jugak, dia ni dulu kira antara yang cun la batch kita, hehhee.. ramai peminat, tapi akhirnya dia jadi pengawas, Nonie seorang yang baik hati, peramah la..kdg2 garang gak (bila dingorat, hehehe)..Nonie la kwn yang pertama akan dtg ke kenduri kwn2 pompuan kita, dia mesti ada..

Ahmad Firdaus Basharuddin

Pekerjaan: Aku xpasti skrg ni tapi dulu kejer kat international publisher buku kat CyberJaya
Belajar Selepas Idrisiah: SMA Rawang, UIAM Degree of Communication
Tinggal : Mmg KL dari dulu
Status : bujang lagi ni..cepat2 saper nak ngorat mamat hensem ni bole..
Nama Panggilan kt sekolah : Dosh, Daus, Firdaus Basharuddin
Info: Dosh ni skolah MADID sampai form 3 jer, tapi hati dia tetap kat MADID kan..Dosh ni pandai lukis potret, mmg cun..dia ni kira antara yang paling pandai ENGLISH la.. aku pernah tanya dia, cmner nak pandai ENGLISH, dia kata kita kena slalu dgr muzik ENGLISH..yang paling best dulu dia ni pendek jer, bila aku jumpa balik kat matrix UIA dulu, dia dah tinggi lampai, huhuu

Siti Suraya Supian

Pekerjaan: Pegawai Tadbir dan Diplomatik, SUK Perak
Belajar Selepas Idrisiah: Sekolah Taayah, Ipoh, UPM Degree dalam Human Resource kalo x silap
Tinggal : Ipoh
Status : bujang lagi...
Nama Panggilan kt sekolah : Sue, Suraya, Siti (aik..)
Info: Sue yang aku kenal, dia ni duk sekelas ngan aku dr form 1 smpai la form 3, aku xingat la dia ni smpai form 3 ker tak? yg pasti lps tur dia gi sekolah Taayah, skrg dh jd PTD kat SUK Perak, Sue ni kira budak pompuan yang paling pandai la dulu, nampak serius tapi baik orgnya, dia jugak pengawas kat MADID dulu, kan?


Mohd Khalil Yusof
Pekerjaan: Ustaz JQAF, Kuala Lumpur
Belajar Selepas Idrisiah: UIAM Degree of Ilmu Wahyu (Fiqh wa Usul Fiqh)
Tinggal : Kuala Lumpur
Status : bujang lagi...tapi dah berpunya rasanya...
Nama Panggilan kt sekolah : Lil, Khalil
Info: Khalil ni terkenal dengan nasyid sekolah, dia slh seorang yang mempunyai suara sedap, sedap membaca al-Quran, dan juga dia antara yang pandai dalam subjek Bahasa Arab, kini dah menjadi seorang Ustaz..Kat UIA dulu pun still aktif dalam nasyid, lagi satu yang aku ingat kat sekolah dulu, Khalil ni pandai KHAT, waahhh sungguh kreatif mamat ni..hehehe..well done!!



Mohd Sabri Sidek
Pekerjaan
: Engineer

Belajar Selepas Idrisiah: SMKA Bota, UTM

Tinggal : Kampung kat Ipoh, tinggal Penang..
Status : Dah kawin daaa..

Nama Panggilan kt sekolah : Bri, Sabri, Mat Sabu, Mat
Info: Sabri ni kacukan Cin Melayu, dia skolah kat MADID just smpai form 3 jer, dia ni kira budak pandai gak, pandai main bola, budak yang suka senyum, skrg dah jd engineer kat Penang.


Norhayati Zaini

Pekerjaan: Pensyarah di Kolej PTPTL
Belajar Selepas Idrisiah: UM Degree dalam apa ek? aku lupa la plk..
Tinggal : Sg Petani
Status : Dah kahwin..
Nama Panggilan kt sekolah : Yatie, Yat
Info: Yatie yang aku kenal budaknya baik, antara pompuan yang paling pandai, kecik moleknya orgnya tetapi berdedikasi, ceewaahh..yatie juga seorang pengawas, bagus dalam kerjanya..skrg dah jd lecturer kat kolej PTPTL, suaminya juga kerja di PTPTL..




Zohdi Mansor
Pekerjaan
: Penolong Pegawai di Jabatan apa ek? aku lupa la zohdi..sori..
Belajar Selepas Idrisiah: Kolej Univeristi Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tinggal : Kajang (Zohdi, blnja kami Sate Kajang..!!)
Status : Bertunang dah...
Nama Panggilan kt sekolah : Zohdi Chor, Zohdi Mansor, Chor
Info: Zohdi oh Zohdi..dulu di sekolah dia pernah memenangi Anugerah Pembaca Berita Terbaik, akhirnya selepas di KUIS, dia telah bekerja sebagai Pembantu Penerbit sehinggalah berjaya menjadi seorang DJ KLASIK NASIONAL FM..tahniah zohdi, skrg dia x jd DJ dah kerana dia mendapat rezeki menjawat jawatan Penolong Pegawai..Zohdi ni baik orgnya, kelakar pun ada, tetapi cool..yang plg kita semua ingat, kalo sesi taaruf, dia xkan kata dia dari Tjg Rambutan tetapi TR atau UK (Ulu Kinta), itu semua tinggal kenangan, Zohdi tetap Zohdi..MANTAP!!


Muhamad Ikhwan Muhsin Razali
Pekerjaan: Fire and Risk Engineer, Sydney, Australia
Belajar Selepas Idrisiah: KISAS, UPM, then Univeristi kat United Kingdom tur
Tinggal : Sydney, Australia
Status : Kahwin dah...
Nama Panggilan kt sekolah : Ikhwan Muhsin, Ikhwan Kecik, Ikhwan Kurus, Ikhwan 2, Muhsin
Info: Muhsin ni antara Best Student PMR, dia budak yang comel, itu sbb dia disayangi oleh Cikgu Najma dan Cikgu Asmah, Muhsin skrg tekah berjaya menjadi engineer, duk kat Sydney, Australia sbb kejer dia limited kat Malaysia ni..


Zian Hafiz Ahamad Zawati
Pekerjaan: Penolong Pengurus Restoran (KL)
Belajar Selepas Idrisiah: EDI Ipoh (Entrepreanuers Development Institute)
Tinggal : Batu Caves Selangor
Status : Berkahwin dan ader 2 orang anak lelaki....
Nama Panggilan kt sekolah : Zian, Bulat
Info: Zian ni mmg BULAT dulu, dia ni aktif sgt, buas la jugak, tapi budak yg baik, peramah dan suka bergaya, dulu kalo gaya rap kat sekolah, dia la yg menggayakan dulu, especially kasut Dr Cardin dia tur, dlm sebatu dh dengar hentakan kasut dia tur, hehehe,,gurau jer BULAT..tp skrg ni dia dh jd bisnesman dan bakal membuka restoran sendiri di luar negara, aku tau dia ni kuat berusaha dan pasti mendapat kejayaan, kita sama2 doakan BULAT kita ni akan berjaya dlm kerjayanya..amin..

:: Our Slides Show ::