Saturday, February 7, 2009

:: Apa Citer Kawan Kita ::


Muhammad Hazimin Sulaiman
Pekerjaan: Owner Travel Agency
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Mut'ah Jordan
Tinggal : Sungai Rokam, Ipoh
Status : Dah Berkahwin dan mempunyai anak sorang (baru jer dapat anak, kahwin dengan anak sulong Menteri Besar Perak yang SAH)
Nama Panggilan kt sekolah : Gmin, Hazimin
Info: Gmin ni orang yang tough la dulu kat sekolah, tinggi dan besar, Gmin seorang yang cukup pakar dalam subjek Akaun.. Gmin ni jugak anak murid kesayangan oleh cikgu kita tur, selepas jer SPM, Gmin pi belajar jauh di Jordan nuh.. alhamdulillah skrg dah berjaya jadi pemilik kepada Travel Agency, saper nak pi Umrah dan ziarah kat negara Arab tur, bole la jumpa Gmin..


Mohd Hapni Razali
Pekerjaan: telah berpindah ke Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
Belajar Selepas Idrisiah: UTM Skudai Johor (Pendidikan Islam)
Tinggal : Bendang Panjang (Kualer ler)
Status : I.allah bujang
Nama Panggilan kt sekolah : Epy @ Remy a.k.a farouk
Info: Epy ni dulu pemain bola sekolah la, tapi skrg aku xtau la dia main lagi ker tak sbb berat badan xmcm dulu, dulu seorang pengawas sekolah gak, seorang yg sempoi dan pelawak, kalo xder Epy xceria la batch kita..skrg dia ngajar kat Sekolah Izzuddin Shah Ipoh..




Mutazam Rusfan
Pekerjaan : Guru di SK Simpang (JQAF)
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Mu'tah kat Jordan & Maktab Perguruan Ipoh, Ulu Kinta
Tinggal : Bukit Chandan, Kualer
Status : Dah Bertunang dgn tunangannya....
Nama Panggilan kt sekolah : Zam a,k,a botak
Info: Zam ni dulu pun power gak bola, sulu kira badan dia ni mmg mcm pemain bola profesional la, tp skrg ni dh lain, lagi tough! Dulu nakal skit, tapi alhamdulillah skrg dah nak jadi ustaz dah..aku respect ko Zam..



Mohd Ikram Ahmad

Pekerjaan : Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sains Politik)
Tinggal: Alor Setar, Kedah
Status: Dah kawin dgn senior kita, Fadzliah.. dan ada anak sorg dah..alhmdulillah..
Nama Panggilan kt sekolah: MIBA
Info: MIBA ni dulu Presiden MPMI yg paling sempoi, pandai budak ni, kat UIA pun sempoi dan suka sgt pakai baju hitam, smpai kdg2 aku xnampak dia sbb duk pakai baju hitam, alhamdulillah skrg dh jd PTD kat Kedah, la ni sibuk, hr tur call suk tgh meeting..ishhh.. kim slm kat Ukhtie Fadzliah..



Mohd Ikhwan Ismail

Pekerjaan: Pustakawan kat Universiti Sains Malaysia, Penang
Belajar Selepas Idrisiah: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Usul Fiqh) & MA Library and Information Sc.
Tinggal: Penang dalam Pulau
Status: dah bertunang dengan tunangannya...
Nama Panggilan kt sekolah: Ikhwan 1, Ikhwan Mok (ni aku tau Epy ngan Alip panggil aku ni)
Info: Aku disuruh tulis info aku sendiri, xper la..aku tulis la..ermmm aku ni kat sekolah dulu jenis cepat naik angin gak, dh baper org yang kena marah ngan aku, smpai ada org kata "tur sbb ikhwan boleh jadi Ketua Umum (KU)", antara org yg pernah kena marah ngan aku ialah org yg dibawah ni..hehehe..apa2 pun aku sbnarnya mmg la mcm tur dulu, tp skrg tidak, insyaAllah..aku skrg alhamdulillah dh kejer kat USM Penang as Librarian, so saper2 nak pinjam buku ker apa ker yg berkaitan dgn akademik atau reference, u all bole jumpa aku, tp kena la blnja aku..hehehe..meh la dtg Penang, aku bwk mkn nasi kandaq paling sedap di Penang..!!


Mohd Alif Safuan

Pekerjaan: Cikgu kat SABK maahad Tarbiyah Islamiyah Bt 8 Trong Taiping....
Belajar Selepas Idrisiah: UiTM kat Sarawak nuu..then Universiti Utara Malaysia
Tinggal: Tepeng kan?
Status: Dah bertunang..
Nama Panggilan kt sekolah: Alip, safuan (eh ada ker)
Info: Alip ni terkenal dengan senyuman manis dia, hehehe... seorang yang banyak ckap, lawak, dan nakal skit, tapi sekarang dah jadi Cikgu, kira tugas dia mendidik budak2 zaman skarang, dulu slalu gak ngata cikgu2 kat Idrisiah tur, alih2 dah jadi Cikgu.. aku tabik kat ko gak Alip (walaupun kita xdpt jadi PTD mcm MIBA)..


Mohd Riduan Khairi

Pekerjaan: Biznes man
Belajar Selepas Idrisiah: UTM Skudai Johor
Tinggal : KL kan?
Status : bujang
Nama Panggilan kt sekolah : Duan, Wan
Info: Duan ni MPMI dulu, dia ni bagi aku seorang yang pandai berkata2, puitis dan suka baca majalah yang ilmiah mcm Dewan2 tur, pandai bersajak, kalo kat sekolah dulu, dia la yang kreatif hias kelas, sepanjang aku kenal dia, dia seorang yang aktif la..betul x?





Mohd Safuan Jamin
Pekerjaan: Eksekutif di Bank Muamalat KL, Bahagian Risiko
Belajar Selepas Idrisiah: UIAM Degree of Economics
Tinggal : KL jugak kan?
Status : Kawin dah dan dah ada anak yg comel lagi cute
Nama Panggilan kt sekolah : Safuan Jamin, Wan..
Info: Safuan masuk MADID form 4, dia seorang yang baik, cara jalan dia yang best tur, yang paling bagus Safuan ni, dia seorang yang pandai dan berjaya as Best Student la time SPM kita dulu, dia seorang yg sempoi dan pernah gak digosip..





Noraini Hashim
Pekerjaan: Account Executive kat syarikat Sapura..kat Keramat tur..fuyooo..
Belajar Selepas Idrisiah: Degree Akaun kat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tinggal : Duk kat Setiawangsa...
Status : bujang dan available..nak cari lelaki yang kaya dan hensem..(demand gak minah ni)
Nama Panggilan kt sekolah : Nonie, Noraini Hashim (sebab ada dua Noraini, tur sbb kena panggil nama penuh)
Info: Nonie ni dulu kira famous la jugak, dia ni dulu kira antara yang cun la batch kita, hehhee.. ramai peminat, tapi akhirnya dia jadi pengawas, Nonie seorang yang baik hati, peramah la..kdg2 garang gak (bila dingorat, hehehe)..Nonie la kwn yang pertama akan dtg ke kenduri kwn2 pompuan kita, dia mesti ada..

Ahmad Firdaus Basharuddin

Pekerjaan: Aku xpasti skrg ni tapi dulu kejer kat international publisher buku kat CyberJaya
Belajar Selepas Idrisiah: SMA Rawang, UIAM Degree of Communication
Tinggal : Mmg KL dari dulu
Status : bujang lagi ni..cepat2 saper nak ngorat mamat hensem ni bole..
Nama Panggilan kt sekolah : Dosh, Daus, Firdaus Basharuddin
Info: Dosh ni skolah MADID sampai form 3 jer, tapi hati dia tetap kat MADID kan..Dosh ni pandai lukis potret, mmg cun..dia ni kira antara yang paling pandai ENGLISH la.. aku pernah tanya dia, cmner nak pandai ENGLISH, dia kata kita kena slalu dgr muzik ENGLISH..yang paling best dulu dia ni pendek jer, bila aku jumpa balik kat matrix UIA dulu, dia dah tinggi lampai, huhuu

Siti Suraya Supian

Pekerjaan: Pegawai Tadbir dan Diplomatik, SUK Perak
Belajar Selepas Idrisiah: Sekolah Taayah, Ipoh, UPM Degree dalam Human Resource kalo x silap
Tinggal : Ipoh
Status : bujang lagi...
Nama Panggilan kt sekolah : Sue, Suraya, Siti (aik..)
Info: Sue yang aku kenal, dia ni duk sekelas ngan aku dr form 1 smpai la form 3, aku xingat la dia ni smpai form 3 ker tak? yg pasti lps tur dia gi sekolah Taayah, skrg dh jd PTD kat SUK Perak, Sue ni kira budak pompuan yang paling pandai la dulu, nampak serius tapi baik orgnya, dia jugak pengawas kat MADID dulu, kan?


Mohd Khalil Yusof
Pekerjaan: Ustaz JQAF, Kuala Lumpur
Belajar Selepas Idrisiah: UIAM Degree of Ilmu Wahyu (Fiqh wa Usul Fiqh)
Tinggal : Kuala Lumpur
Status : bujang lagi...tapi dah berpunya rasanya...
Nama Panggilan kt sekolah : Lil, Khalil
Info: Khalil ni terkenal dengan nasyid sekolah, dia slh seorang yang mempunyai suara sedap, sedap membaca al-Quran, dan juga dia antara yang pandai dalam subjek Bahasa Arab, kini dah menjadi seorang Ustaz..Kat UIA dulu pun still aktif dalam nasyid, lagi satu yang aku ingat kat sekolah dulu, Khalil ni pandai KHAT, waahhh sungguh kreatif mamat ni..hehehe..well done!!



Mohd Sabri Sidek
Pekerjaan
: Engineer

Belajar Selepas Idrisiah: SMKA Bota, UTM

Tinggal : Kampung kat Ipoh, tinggal Penang..
Status : Dah kawin daaa..

Nama Panggilan kt sekolah : Bri, Sabri, Mat Sabu, Mat
Info: Sabri ni kacukan Cin Melayu, dia skolah kat MADID just smpai form 3 jer, dia ni kira budak pandai gak, pandai main bola, budak yang suka senyum, skrg dah jd engineer kat Penang.


Norhayati Zaini

Pekerjaan: Pensyarah di Kolej PTPTL
Belajar Selepas Idrisiah: UM Degree dalam apa ek? aku lupa la plk..
Tinggal : Sg Petani
Status : Dah kahwin..
Nama Panggilan kt sekolah : Yatie, Yat
Info: Yatie yang aku kenal budaknya baik, antara pompuan yang paling pandai, kecik moleknya orgnya tetapi berdedikasi, ceewaahh..yatie juga seorang pengawas, bagus dalam kerjanya..skrg dah jd lecturer kat kolej PTPTL, suaminya juga kerja di PTPTL..




Zohdi Mansor
Pekerjaan
: Penolong Pegawai di Jabatan apa ek? aku lupa la zohdi..sori..
Belajar Selepas Idrisiah: Kolej Univeristi Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Tinggal : Kajang (Zohdi, blnja kami Sate Kajang..!!)
Status : Bertunang dah...
Nama Panggilan kt sekolah : Zohdi Chor, Zohdi Mansor, Chor
Info: Zohdi oh Zohdi..dulu di sekolah dia pernah memenangi Anugerah Pembaca Berita Terbaik, akhirnya selepas di KUIS, dia telah bekerja sebagai Pembantu Penerbit sehinggalah berjaya menjadi seorang DJ KLASIK NASIONAL FM..tahniah zohdi, skrg dia x jd DJ dah kerana dia mendapat rezeki menjawat jawatan Penolong Pegawai..Zohdi ni baik orgnya, kelakar pun ada, tetapi cool..yang plg kita semua ingat, kalo sesi taaruf, dia xkan kata dia dari Tjg Rambutan tetapi TR atau UK (Ulu Kinta), itu semua tinggal kenangan, Zohdi tetap Zohdi..MANTAP!!


Muhamad Ikhwan Muhsin Razali
Pekerjaan: Fire and Risk Engineer, Sydney, Australia
Belajar Selepas Idrisiah: KISAS, UPM, then Univeristi kat United Kingdom tur
Tinggal : Sydney, Australia
Status : Kahwin dah...
Nama Panggilan kt sekolah : Ikhwan Muhsin, Ikhwan Kecik, Ikhwan Kurus, Ikhwan 2, Muhsin
Info: Muhsin ni antara Best Student PMR, dia budak yang comel, itu sbb dia disayangi oleh Cikgu Najma dan Cikgu Asmah, Muhsin skrg tekah berjaya menjadi engineer, duk kat Sydney, Australia sbb kejer dia limited kat Malaysia ni..


Zian Hafiz Ahamad Zawati
Pekerjaan: Penolong Pengurus Restoran (KL)
Belajar Selepas Idrisiah: EDI Ipoh (Entrepreanuers Development Institute)
Tinggal : Batu Caves Selangor
Status : Berkahwin dan ader 2 orang anak lelaki....
Nama Panggilan kt sekolah : Zian, Bulat
Info: Zian ni mmg BULAT dulu, dia ni aktif sgt, buas la jugak, tapi budak yg baik, peramah dan suka bergaya, dulu kalo gaya rap kat sekolah, dia la yg menggayakan dulu, especially kasut Dr Cardin dia tur, dlm sebatu dh dengar hentakan kasut dia tur, hehehe,,gurau jer BULAT..tp skrg ni dia dh jd bisnesman dan bakal membuka restoran sendiri di luar negara, aku tau dia ni kuat berusaha dan pasti mendapat kejayaan, kita sama2 doakan BULAT kita ni akan berjaya dlm kerjayanya..amin..

:: Our Slides Show ::